Monday, 30 April 2012
Saturday, 28 April 2012
SAJAK SASTERAWAN NEGARA TENTANG GURU
(i)
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
1979
Saturday, 14 April 2012
Murid-murid Tahun 4 Arif,
Baca nota tentang Penjodoh Bilangan di bawah dan jawab soalan yang diberi.
Baca nota tentang Penjodoh Bilangan di bawah dan jawab soalan yang diberi.
NOTA: PENJODOH BILANGAN
1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan
kata bilangan.
kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
penggunaannya.
penggunaannya.
Penjodoh Bilangan
|
Penggunaan
|
baris
|
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
|
batang
|
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
|
biji
|
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
|
cucuk
|
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
|
das
|
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
|
ekor
|
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
|
gugus
|
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
|
ikat
|
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya
|
jambak
|
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
|
keping
|
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
|
ketul
|
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya
|
laras
|
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
|
lembar
|
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
|
pasang
|
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya
|
sikat
|
Untuk pisang
|
ulas
|
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya
|
utas
|
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya
|
Tip
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:
1. (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. (salah)
(b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. (betul)
Penjelasan : Ada kalanya penjodoh bilangan tidak
digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
|
2. (a) Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
yang bernas. (salah)
(b) Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang
bernas. (betul)
Penjelasan : Penjodoh bilangan tidak diperlukan
untuk menghitung kata nama abstrak. |
3. (a) Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan
di rambutnya. (salah)
(b) Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)
Penjelasan : Penjodoh bilangan perlu digunakan
bersesuaian dengan konteks ayat.
|
Murid-murid Tahun 4 Arif,
Sila baca cerita Singa Dengan Arnab di bawah dan cari LIMA nilai murni atau pengajaran yang kamu dapati daripada cerita ini.
Singa Dengan Arnab
Pada suatu pagi, singa terjaga
daripada tidur. Ia berasa sangat lapar. Dari semalam ia tidak makan
apa-apa."Hari ini aku mesti mendapatkan makanan, jika tidak aku akan
mati kelaparan," fikir singa.Singa pun keluar mencari makanan. Ia ingin
memburu haiwan.
Setelah penat meredah hutan dan
belukar, tiada seekor haiwan pun ditemuinya. Singa menuju pula ke arah
sebatang sungai. Ia berhenti seketika di sungai itu untuk minum
air.Selepas itu, singa duduk di tepi sungai untuk menghilangkan penat.
Tiba-tiba ia ternampak seekor arnab keluar dari lubangnya. Singa
menghampiri arnab itu. Kedatangannya tidak disedari oleh arnab. Singa
terus menangkap arnab."Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya! jerit
arnab."Kamu akan menjadi hidangan saya hari ini," kata singa sambil
tertawa.
Pada ketika itu, seekor rusa
sedang melalui kawasan itu. Arnab dan singa ternampak rusa itu. Arnab
mendapat satu akal untuk melepaskan diri."Wahai tuan, adakah tuan akan
kenyang jika tuan makan saya kerana badan saya terlalu kecil. Cuba tuan
tengok rusa itu. Badannya lebih besar. Jika tuan tangkap rusa itu, tentu
tuan dapat makan sepuas-puasnya. Lagi pun rusa itu agak gemuk dan
dagingnya sedap berbanding daging saya," kata arnab.Singa terdiam
mendengar kata-kata arnab."Tentulah daging rusa lebih sedap daripada
daging arnab." fikir singa.Singa pun melepaskan arnab. Ia terus mengejar
rusa.
Apabila ternampak singa, rusa
terus melarikan diri. Ia lari dan bersembunyi di dalam hutan. Singa
terus mengejar rusa itu dengan pantas. Lama-kelamaan singa berasa sangat
letih. Perutnya juga sakit kerana terlalu lapar. Ia berasa kecewa
kerana tidak dapat menangkap rusa itu. Ia juga menyesal kerana
melepaskan arnab. Disebabkan sikapnya yang tamak, singa tidak berjaya
memperoleh sebarang makanan.
Moral: Orang tamak selalu rugi
Ahad, 15 April 2012
Murid-murid Tahun 4 Arif,
Sila baca cerita di bawah dan cari LIMA nilai murni atau pengajaran yang anda dapati daripada cerita ini.
KURA-KURA YANG INGIN TERBANG
Pada suatu masa dahulu terdapat
seekor kura-kura yang ingin terbang seperti burung."Oh, alangkah
seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu," kata
kura-kura.Kura-kura cemburu setiap kali melihat burung-burung terbang
bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan keinginannya itu.
Pada suatu hari, kura-kura
ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas sebatang dahan
pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Ia meminta gagak
mengajarnya terbang."Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak
mempunyai sayap," kata gagak.Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata
gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa.
Tiba-tiba ia ternampak seekor
helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari
makanan."Dari tadi saya perhatikan kamu termenung. Apakah masalah kamu
wahai kura-kura?" tanya helang."Sebenarnya saya ingin terbang di udara
seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang ingin menolong saya,"
kata kura-kura."Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang, kata
helang."Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?" tanya kura-kura
dengan gembira.
Helang memegang cengkerang
kura-kura dengan kuat lalu membawanya terbang di udara. Helang membawa
kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh gembira kerana ia
dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat merasa angin yang
sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik.
Namun begitu, helang yang lapar
itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia melepaskan cengkaman kakinya
pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayang-layang jatuh ke tanah dan
terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur berkecai. Helang terus
makan kura-kura itu dengan gembira.
Moral : Buat sesuatu perkara mestilah mengukur keupayaan diri sendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)