Saturday, 14 April 2012

Ahad, 15 April 2012


Murid-murid Tahun 4 Arif,

Sila baca cerita di bawah dan cari LIMA nilai murni atau pengajaran yang anda dapati daripada cerita ini.


KURA-KURA YANG INGIN TERBANG



           Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kura yang ingin terbang seperti burung."Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu," kata kura-kura.Kura-kura cemburu setiap kali melihat burung-burung terbang bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan keinginannya itu. 

           Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Ia meminta gagak mengajarnya terbang."Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap," kata gagak.Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa. 

           Tiba-tiba ia ternampak seekor helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari makanan."Dari tadi saya perhatikan kamu termenung. Apakah masalah kamu wahai kura-kura?" tanya helang."Sebenarnya saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang ingin menolong saya," kata kura-kura."Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang, kata helang."Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?" tanya kura-kura dengan gembira.

           Helang memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya terbang di udara. Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh gembira kerana ia dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik. 

           Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayang-layang jatuh ke tanah dan terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur berkecai. Helang terus makan kura-kura itu dengan gembira.

Moral : Buat sesuatu perkara mestilah mengukur keupayaan diri sendiri

No comments:

Post a Comment